Thursday, 2 February 2017

LAMBAT MEMBAWA PADAH

Pagi itu, Mimi bergegas ke sekolah. Gara-gara bangun lambat, semua yg dirancNg menjadi kelam kabut. Lampu isyarat tak dipatuhi, kerja sekolah tak disiapkan, tugasan geo tak sempat nak hantar dan yg plg malu sekali, Mimi sorang je yg kena denda pagi tu kerana datang lambat. Terpaksalah dia buat muka tak malu mengutip sampah.

TETAMU

Pasangan bahagia Pn Maimudah dan En Zahari dikenali oleh orang kampung kerana sikap mereka yang  suka menolong. Rakan masjid memang amat menyayangi pasangan tersebut. Sebulan sekali mereka akan mengadakan kenduri kecil-kecilan untuk mengeratkan silaturrahim. En Zahari pernah berpantun yang berbunyi: -

Kementerian menganjurkan program Nilam 
Untuk memupuk minat membaca
Eratkan silaturrahim  ajaran islam 
Sayang-menyayangi  budaya kita 

ANA

Ana adalah anak sulung Mohamad. Dia dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Semenjak kecil dia tidak pernah menghadapi banyak masalah di  dalam mengurus diri sendiri. Ana masih setia dengan ibubapanya. Hasratnya untuk menjejakkan kaki ke menara gading selepas SPM ditangguhkan. Dia berfikir adalah baik kiranya dia menyambung pelajaran dan menduduki STPM kerana dia masih berpeluang bersama keluarga tersayang.  Berkat usahanya yang gigih, dia telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Akhirnya, Ana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.